Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Your Help,
Their Future

Cinta Syria Malaysia merupakan NGO yang komited dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada pelarian Syria khususnya dalam bidang pendidikan di kalangan anak-anak pelarian Syria.

Bantuan Kecemasan Syria

Ini merupakan kutipan Bantuan Kecemasan Cinta Syria Malaysia bagi membantu saudara Syria yang memerlukan.

Bantuan Kecemasan Palestin

Satu usaha oleh Cinta Syria Malaysia bersama dengan Cinta Gaza Malaysia dan MyAqsaDefenders bagi membantu saudara Palestin yang sedang galak diserang bangsa laknatullah.

Bantuan Kecemasan Libya

Cinta Syria Malaysia (CSM) membuka ruang kepada semua untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa Banjir & Taufan Daniel di Libya dalam usaha membantu mereka

Projek: Sekolah Kabin

Objektif utama projek ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman anak Syria terhadap pelajaran yang telah mereka pelajari di sekolah serta menekankan asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira).

Solar Untuk Syria

Projek ini bertujuan untuk menyediakan sumber tenaga elektrik melalui cahaya matahari di Kem Pelarian Al Yasmine yang terletak di Beqaa Bar Elias, Lubnan.

Your Help,
Their Future

Cinta Syria Malaysia merupakan NGO yang komited dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada pelarian Syria khususnya dalam bidang pendidikan di kalangan anak-anak pelarian Syria.

Sekolah Kita

Lebih 2.5 juta kanak-kanak pelarian Syria mengalami keciciran pelajaran dan masa depan mereka masih samar-samar. Misi kami ialah untuk mengubah nasib mereka.

“Sekolah KITA” merupakan sekolah percuma untuk anak-anak pelarian Syria kelolaan Cinta Syria Malaysia. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk pendidikan percuma di samping menaja pengangkutan, makanan & sewa bangunan sekolah.

3

Sekolah Kita telah ditubuhkan

475

Kanak-kanak menerima manfaat

3

Negara

PROJEK KITA

Langkah penting demi kelangsungan hidup saudara
kita di sana

Tidak hanya kanak-kanak, malah kami juga mempunyai misi-misi jangka pendek yang dijalankan secara berterusan, bagi meringankan beban saudara pelarian dari Syria.

AKTIVITI CSM

Anda juga mampu mengubah
nasib mereka

Tidak kira siapa anda, berapa umur anda dan di mana jua anda berada, hulurkan tangan anda untuk membantu. Sertai pasukan kami dalam misi mengubah nasib pelarian Syria.

Tentang kami

Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Telusuri kisah bagaimana kami bermula dengan usaha untuk membangunkan kembali komuniti pelarian Syria yang terjejas, sejak tahun 2013.

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban Mereka

Kami komited untuk memastikan setiap ringgit yang anda dermakan dimanfaatkan dalam membantu memberikan harapan baru buat saudara pelarian Syria kita.

BERSAMA KAMI MEMBERIKAN KEMBALI SINAR HARAPAN
BUAT SAUDARA PELARIAN SYRIA KITA

Dengan setiap pendaftaran sukarelawan, RM20 akan disumbangkan untuk Syria